Monday, July 18, 2016

TTC Part 6: BBT Charting

Hello my fellow ttc'ian ..

Setakat ni dah 7 bulan aku dan husband meng 'TTC' (bukannya sebelum ni tak serious, tapi pendekatan yang dilakukan tu lebih serious pada tahun ini, hehe). Kalau nak cakap pasal charting, sejak awal tahun ni memang telah wujud satu buku yang merekodkan segala details especially OPK Test, CM discharge, Period Timetable and akak juga join Glow community. Ada apps dia boleh la download ye. Memang bagus Apps tu untuk fellow TTC sekalian :) Boleh record daily temperature, weight, spotting, CM discharge, physical symptoms, emotion, macam-macam lagi. Berdasarkan apa yang anda rekod tu, Glow community akan bagi 'insight' la untuk reference anda. 

Every time ada appointment dengan Gynae sama ada ujian darah atau ultrasound, semua akan direkodkan dalam buku tu. Cuma sebelum ni belum cuba lagi untuk charting BBT (Basal Body Temperature) sebab tak gigih kan pagi-pagi sebelum bangun kena ambil body temperature setiap hari pada waktu yang sama. Kalau anda memang gigih BBT charting anda memang seorang wanita yang RARE! tahniah:)

Setakat 7 bulan ni belum berjaya conceived lagi even dah 2 cycle Clomid dengan Premarin, blood test work, follicle count ultrasound and egg monitoring. 

Maka baru-baru ni je aku rasa nak buat BBT charting. Terpaksa la gigih. Itupun sebab OPK results aku memang caca-marba sepanjang tidak ambil Clomid. Memang tak jumpa-jumpa dark 2 lines tu!

Aku cadangkan rekod  BBT dengan CM discharge. Lama-lama after rekod tu you all boleh la tau macam mana ovulation pattern uols. Lebih sadis lagi CM discharge akak pun caca-marba. Itu yang perlu buat BBT Charting dikk...

Cara untuk ambil BBT: 

Ambil bacaan SEBELUM bangun tidur, sebelum cium-cium anak korang/husband atau sebelum pusing sana-sini sambil tenung-tenung ceiling. Set alarm pada waktu yang sama setiap pagi. Biological clock akak ni memang akan terjaga pukul 5.30 pagi. Jadi dah selit-selit dah thermometer siap-siap bawah bantal sebelum tidur.

Ada tiga cara untuk ambil BBT
1) Underarm
2) bawah lidah
3) vaginally


Ikut la korang yang mana selesa ye. Tapi selepas mengkaji-kaji cara BBT Charting, ada doctor advice untuk ambil bawah lidah dengan position yang sama setiap hari. Sebab kadang-kadang suhu badan kita boleh jadi terlalu panas selepas berkelubung dengan selimut sepanjang malam. Haa dah la akak ni jenis tidur mesti nak ada selimut kan.. Jadi akak consistent aja la ambil BBT bawah lidah setiap hari. 

BBT Thermometer dengan normal thermometer yang anak akak pakai tu lain ye. Haa..jangan tak tau. Tapi ada pendapat orang kata boleh je mana-mana. Tapi untuk lebih sensitif pakai la BBT Thermometer. Memang susah juga nak cari BBT thermometer ni, banyak tempat cari tak jumpa. Pegi Guardian, Watson, Tesco, Giant semua tak ada. 

Last-last yang ada kat Farmasi Caring je. haa caring sangat akak suka! Harga BBT Thermometer dalam RM60++. Mahal la sikit dari normal thermometer, tapi okay ape. 

Thermometer ni sangat sensitif sebab dia akan measure up to 2 decimal place and setiap kali anda ambil BBT, thermometer akan rekod bacaan akhir anda. Jadi tak payah la kau celik mata nak kena tulis berapa bacaan kau kan.. siang-siang nanti aje la. 

Mulakan charting sejak Cycle Day 1 (1st day period anda) sehingga last day of Cycle Day (CD) before the next period. Kalau anda Ovulate,  body temperature anda akan tinggi dari kebiasaan sehingga habis anda ovulate. Nasihat dari doctor akak: Don't forget to 'baby dance' (BD) every other day during your fertile window. Yang bab ni semua pun pandai. Tapi bila masa nak BD meh akak bagitahu...

Jika anda guna OPK during ovulation window anda (test OPK pada sebelah petang i.e 2.00 or 3.00 p.m. sebab masa ni HCG anda pada bacaan optimum) dan dapat detect 2 dark lines: within 24 to 36 hours telur anda akan keluar..bila nak BD? mulakan pada malam tersebut, malam lusa dan malam tulat. haa. lagi elok kalau sehari sebelum anda ovulate anda dah BD. Sebab sperm boleh hidup around 5 days. So bila-bila masa anda ovulate, sperm sudah standby. Haa akak cakap pandai kan.. akak masih belum berjaya dik. hehe!

Ni contoh untuk anda charting 

Memandangkan usaha-usaha yang dilakukan masih belum berjaya lagi untuk conceived, maka bulan ni dah set appointment dgn Gynae untuk buat HSG (Hysterosalpingogram) atau tubal xray. Jadi kita tunggu aje la resultnya. Nanti sambung lagi okay, pengalaman HSG dan costnya :)

Baby dust to all my fellow TTCian!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sheem &Hafiz Journal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

The Journey of my Lil Munchkin'

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers