Wednesday, June 15, 2016

Uber ride ku yang pertama di JB

Salam Ramadhan 1 Malaysia ;) hee. 

Last week aku balik UTM (chewah macam balik rumah) sebab ada meeting dengan TNC dan sebab ada issue sikit pasal journal publication. Macam-macam masaelahhh. Sejak aku pindah Ipoh ikut husband, memang tak pernah lagi balik UTM. Jauh memang jauh dan malas sangat nak drive sensorang. Kebetulan lab mate aku, Kak Su namanya, balik kampung nak sambut puasa katanya, tinggal kat Maju Rapat Ipoh jadi aku tumpang ler dia balik JB. Aku drive separuh jalan dia drive separuh jalan. Hee! Macam mana nak balik? Al-kisah husband aku ni busy, bila nak booking flight ticket, dah habis.. Seb baik tiket bus ade. Lama kottt tak naik bas. Huu.

Bila aku kat UTM, tak risau sangat kalau tak ada kereta walaupun Kolej aku jauh ya amatt. Sebab ramai lab mate so tumpang menumpang la jawabnye. Ramai je volunteer sebab aku jarang-jarang balik UTM kan. Haha.. Pegi meeting dengan orang lain, balik Kolej dengan orang lain. tuudia. Sekarang kan bulan puasa, seronok sikit jalan-jalan gi Param, buka puasa ramai-ramai makan dalam talam kat Masjid UTM. haiih seronok-seronok...tak lama pun balik sebab nak selesaikan hal publication tu and meeting pon sekejap je. Jadi lepas sehari dua tu balik la sebab Aulia' pon dah nak sekolah. 

Memandangkan aku balik hari Isnin pagi, jadi malas nak susahkan lab mate tolong hantar kan ke Larkin Terminal. Nak redah jem lagi apa semua..mak pon independent orang nya haha maka try la pakai Uber ride ni. Memang tahu Uber service ni dah lama dan memang bagus kalau ikut review orang ramai. Husband ahkak pon suggest pakai Uber cuma sebab ada kenderaan sendiri maka tak pernah la ride Uber ni. Ni first time nak cuba. Senang je pakai.

 Install Uber Apps dan register. Make sure kau ada credit card ye dik baru dapat register (tak pasti kalau boleh guna debit card ke tak). Bila nak pakai Uber ride baru request for Uber. Kalau nak ride esok-esok tak payah gataii nak request harini :)

So aku request UberX ride 15 minutes sebelum nak bertolak dari UTM. Kat Apps tu nanti akan keluar jenis kenderaan,no plate kereta, nama driver, gambar driver tu dan fare rate ke destination yang korang pilih tu sekali. Haa, ahkak dapat driver abang beriman lagi soleh okay pakai kepiah. Sekejap je dia sampai (anyway Uber Apps akan bagitau e.t.a dan pergerakan Uber car tu lagi berapa minit dia nak sampai ke lokasi uols). So boleh la tengok kereta dia jalan-jalan dalam Apps korang tu dia dah sampai mana.  
Kalau masa korang request Uber ride tu ada banyak driver, korang boleh la pilih nak female driver ke male driver ke, kereta Persona ke, Honda ke, BMW ke, Merce ke atau nak gempak lagi Ferrari ke. Macam-macam kereta Uber ride ni ada. 
Haritu aku request pagi-pagi Isnin tu ada sorang je driver.
Uber driver aku haritu nama dia Solihin. Haa memang soleh la orangnya muka pon beriman je bulan-bulan puasa ni kan.kereta pon bersih wangiii jer. Alhamdulillah perjalanan smooth nak ke Larkin. Sesiapa yang risau akan keselamatan korang, kot-kot dia nak melencong/melancong ke tempat lain ke kan..jangan risau Uber Apps korang akan terus connect dengan main system they all kemana kereta tu pegi. 
Payment macam mana? Uber memang mengamalkan concept cashless. Tapi korang boleh pilih sebenarnya kat Apps tu nanti masa request UberX, nak charged to credit card atau bayar cash.
Bila dah sampai, fare rate aku dalam RM16.47 dari bangunan N29 UTM ke bas terminal Larkin. Aku bayar cash aje, abang tu bagi diskaun jadi RM16 je. Haaa baik kan? Beramal sedekah di bulan yang mulia ni.. hee.


Sampai Ipoh dah lewat petang, sampai rumah terus buka puasa :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sheem &Hafiz Journal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

The Journey of my Lil Munchkin'

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers