Skip to main content

South Korea Trip Part 6: Day 5

Check out my posts on:



Gamcheon Cultural Village

Harini hari kedua terakhir kami di bumi Korea Selatan dan berada di bandar Busan. Plan kami harini nak melawat Gamcheon Cultural Village. Tempat paling best kalau nak stay di Busan pilihlah Haeundae sebab happening dan senang nak naik subway. Cara nak ke Gamcheon:

-Dari Jangsan Station naik subway di Line 2 ke Seomyeon Station. Perjalanan dalam 32 mins (T-Money: 1500 won). 
-Turun di Seomyeon Station dan ambil Line 1 ke Toseong Station. Perjalanan dalam 17 mins (T-money: 1500 won)
-Keluar dari Exit 6 di station Toseong dan jalan terus 50 meter sampai satu simpang dan masuk kanan. Jalan 100 meter sampai korang jumpa Busan Cancer Centre (kalau tak jumpa salah lah tu hehe. Jalan malu tanya orang okay)
-Tunggu bus No. 2 ke Gamcheon Cultural Village. 

Kalau baki T-Money korang dah susut-susut tu bole beli metro pass harga 4,000 won. Boleh pakai untuk naik subway sepanjang hari. Pegi la mana pon. Tapi tak boleh pakai untuk naik bus ye :) Naik bus kena pakai T-Money. Harga 1500 won kot kalau tak silap nak ke Gamcheon. So aku nasihatkan pakai aje Metro pass 4000 won tu. Jimattttt.

Naik bus dia pon satu hal. Ahjussi tu bawak bus gila kental sebab naik turun bukit perjalanan dia. Bagi aku jalan dia sempit la kalau 2 kereta nak lalu. Kalau tak dapat tempat duduk tu pandai-pandai la korang berpaut jangan sampai jatuh. Orang korea panggil bus ni Meul bus. Kat sini korang leh jumpa banyak la ahjumma, ahjussi, naik bas ni. Sebab nak ke kampung kan...

Haa nampak tak kat belakang-belakang tu.. tu rumah-rumah kampung yang dulu nya kategori setinggan di tempat ni. Pastu rakyat dia terlalu miskin sukar mencari pendapatan sebab keadaan geografi dia berbukit bukau dan jalan pon sempit. Tu dulu la. Lepas tu kerajaan Korea buat pembaharuan, jadikan kampung ni menarik dan promote bagi pelancong asing dan tempatan datang. Maka dijadikan tempat ni 'Cultural Village'. Rumah-rumah yang ada dicat warna-warni dengan warna yang terang dan ada yang diubah kedudukannya bersusun-susun dan berperingkat. Ada ramai penduduk berniaga kat rumah-rumah diorang, bila pelancong datang baru ada jual-beli. begitula ekonomi penduduk sini. 
Tapi memang penat gils kalau jalan sini, sebab naik turun bukit. Nak masuk free je, tapi kalau korang nak pakai map tempat ni, bayor ler 2000 won. Kami kongsi satu je. 
Nak pegi sini pakai la kasut sport..huhu aku pakai boot maka sakit kaki la jawabnye..Tapi apa-apa pun tempat ni memang best walaupon penat jalan turun naik bukit. Fader-in-law I steady aje ok. Kau yang muda-muda ni jangan nak buat semput. 

Dah tengahari kami pegi ke Jagalchi Fish Market. Asalnya plan nak pergi pagi tapi apakan daya kami berjalan ikut suka hati kami.kahkahkah itula best nya jalan sendiri tanpa tourist guide. Kau ikut masa sendiri-sendiri je. 

Jagalchi Fish Market


Macam mana nak pegi Jagalchi Fish Market ni:

-Ambil bus yang sama korang naik tadi and patah balik ke Busan Cancer Centre. 
-Pergi ke Seomyeon Station dan ambil Line 1 ke Jagalchi Station. Dekat je 15 mins sampai (T-Money: 1500 won)
-Keluar di Exit 10. Masuk kanan ke Jagalchi-3-gil street, Jalan 5 mins dan ke kiri menuju ke fish market. 

Kat sini korang kena pick seafood apa yang korang nak makan. Atau boleh pilih terus dalam menu.
Kalau nak makan ramai-ramai, aku suggest ambil la set seafood yang ada dalam menu. Harga 40,000 won satu dish yang ada macam-macam dalam tu boleh kongsi-kongsi 6 orang makan. Kalau banyak bajet lagi bole tambah dish. Setakat ni makan kat Korea semua tempat ada bagi Banchan (side dishes). So far sangat berpuas hati sebab tempat ni la pon yang aku nak makan seafood beria :)

Boleh pilih ada:
Nakji (Sotong hidup2 tu)
Gwangor (flat fish)
Hwe (macam shashimi)
Sayur-Sayur
Fishes, abalon

Lepas tu leh la jalan-jalan kat market dia kot nak beli ikan bawak balik kan..haa sanggup masuk luggage tak agak-agak. Kitorang beli strawberi je satu pinggan 5000 won. Manis baqhang.

Taejongdae Park

Last destination kami adalah ke Taejongdae Park. Kalau dari Jagalchi tadi:

-Dari Toseong Station naik metro di Line 1 ke Busan Station, sampai dalam 7 mins (T-money: 1500 won)
-Dari Busan bus station, naik bus No. 88 atau 101 dan turun di Taejongdae Park. Perjalanan dalam 40 mins. 

Masuk FREE.
Sesampainya di park ni, leh la korang naik Danubi train bayar 1500 won. Train ni macam train ride kat zoo tu. 

Dari platform ke Taejongsa Temple ke Yeondo Light House ke Taewon Jagal Madang ke Gumyeongs temple ke Observatory dan balik semula ke platform.

Tapi memandangkan banyak sangat tempat dia singgah, aku suggest turun je kat Yeongdo Lighthouse. Kat sini nak ambil gambar memang cantik.

Kami duduk kat sini sampai la maghrib, Kalau nak sembahyang, boleh la bentang aje tikar sejadah kat mana-mana tangga. So far memang bersih. Tempat ni sejuk, kau tengok laki aku tak pakai sweater langsung. Aku rasa dia patut la tinggal sini. haha. 

Malam tu kami ke Bandar Busan, kot-kot nak shopping tapi kami plan nak ke Busan Tower atau Yongdusan park. Tapi dah penat-penat jalan tak jumpa kat mana. Last-last lepak aje and singgah Nampo station beli kasut untuk Aulia'.

Ok itu saje sekian perjalanan kami di South Korea. Rasa-rasa lain kali nak datang lagi. hehe.


Post a Comment

Popular posts from this blog

Saving the best for the last-Me!

Assalamualaikum w.b.t..
B's nature of work leaves me with no choice but to be independent. His work schedule knows no weekends and public holiday. But a kaki jalan I am by nature and nurture,what if it's only me and Aulia'? bring it on! Nak keluar jugak! I thought  it was impossible at first but naaa, practice makes perfect, I am so used to it already, you'll be surprised of what I can do with only one hand. Haha The skills develop naturally. From folding stroller and do groceries shopping while pushing the cart and her stroller? I have done all that. But there are time I do need hands from strangers, and kudos to Malaysians, they're helpful. And I think this is the perfect bonding time because Aulia' is with her baby sitter during the weekdays.


So there are times, I'd love to doll up, but now I have a plus one! How? I doll her up as well! luckily she's a daughter, dear God thanks for being so understanding! I am grateful! Tutu you say?! Of course! and…

DIY Dulang Hantaran Fresh Flowers

Assalamualaikum wbt..

Last week was my BIL E-day. So I was assigned by my MIL to do the 'Dulang Hantaran' and it decorations including all the goodies inside the dulang.. since this is only the engagement event, not so much personal items to be included in the dulang except for the rings.. both for merisik and engagement..
Since last time during my Nikah day, I did the DIY dulang hantaran using the artificial flowers and this time around I was thinking to do it with the fresh flowers. I purposely wanted it that way just because I can save a lot of time (since I am way too busy with my PhD study and I have to travel to and fro KL-JB) and at the same time we can avoid the hustle of keeping the dulang covered with dust in the store room. Lol..talking about experience huh!
And most importantly.. we can save a lot of money.. Lemme show you the trick..

Sending off dulang for fresh flower decorations can cost you up to RM75 to RM150 per tray excluding the items inside the dulang. Mi…

Girls trip to Sabah

Memorial weekend after I had my HSG test, Mary, Kak Ju, Nini and I got to fly down to KK to spend three blissful days hanging out with our dear friend from uni, Jessica. The five of us studied together in UPM SIX years ago so we decided a reunion was a great excuse for me to ditch the husband and my little girl and have some serious girl-time in Sabah. Lucky for us Jess is an amazing host and planned everything out perfectly.

A few of the highlights were our stay at J Residence, the upside-down house in Tamparuli, Kundasang wet market, Desa Cattle Farm Kundasang, Luanti River Kelah fish spa and Sabah tea farm.

It was so refreshing to be with old friends and enjoy my first trip to north Borneo... and I can officially declare that I have covered most of the states in Malaysia (haven't cover Labuan yet!). yipsss!

My Instagram update for this photo: Waking up to this! -Our stay at J Residence Kundasang, the view is so breathtaking :)
Enjoying my morning view:)
The five of us at Desa…