Tuesday, April 19, 2016

South Korea Trip Part 4: Day 3

Check out my post on:


Nami Island

Hari ketiga kami (tiba-tiba post BM! haha) memang keluar lambat dari apartment. Bangun pon dah pukul 8.30 pagi. Waktu Korea tu dah dikira matahari dah terik kot..sebab keletihan dari travel ke Namsan tower dan jalan-jalan cari makan kat Myeondong street hari semalamnya. 
Sepatutnya kami sekeluarga keluar dari apartment pukul 8.00 pagi sebab nak kejar shuttle bus ke Jetty pulau Nami tu pukul 9.00. Alkisah dah lambat, maka naik train lerr jawabnya. 

Naik train memang lama sebab berhenti banyak station. 
Disini aku letak la options untuk those yang nak pegi Nami Island

Option 1: Naik shuttle bus kat Topgol Park

Cth kami dari Hongik University

-Naik train dari Hongik University ke Sangsu Station (869m, 10 mins) 
-Turun di Sangsu station dan tukar train di Line 6 ke Gongdeok Station. Train setiap 10 mins dan perjalanan ambil masa 7 mins (T-Money: 1800 won)
-Turun di Gongdeok station dan tukar train di Line 5 ke Jongno-3-ga station (T-Money: 65 won)
-Turun di Jongno-3-ga station dan jalan la ke Topgol Park (697m, 8 mins)
-Dari Topgol Park jalan lagi 789m (8 mins) ke Insadong Tourist Information Centre, kat situ tunggu la shuttle bus ke Jetty Pulau Nami. 
Cost shuttle bus adalah 23,000 won pergi balik dan termasuk pas masuk ke Pulau Nami dan ferry cost. So semuanya all in. 
Make sure sampai di Insadong Tourist Information Centre tu sebelum pukul 9.30 pagi okay :)

Option 2: Naik train ke Gapyeong Station dan ambil teksi

Cth kami dari Hongik University

-Jalan ke Sangsu Station dan ambil train ke Yongsan station di Line 6 (T-Money: 1300 won). Perjalanan ambil masa 53 mins
-Dari Yongsan anda ambil LTX ke Gapyeong station (T-Money: 8500 won). Train ride ni akan berhenti dua kali (lama pulak tu ada sampai 20 mins kot, so tunggu ajelah sampai dia jalan. Masa ni la korang yang gadis-gadis tu boleh ushar mamat Kpop pakai baju National Service ramai-ramai naik train. Mak tutup mata aje. gahahahah)
-Sesampainya di Gapyeong, keluar dari bangunan station tu untuk ambil teksi. Teksi ke Jetty Nami murah je dalam 3000- 4000 won per ride. So boleh kongsi-kongsi la dengan kengkawan. Kami satu family pon kongsi-kongsi :)

Kalau korang loaded dan ini bukan percutian bajet boleh la ikut option dibawah

Option 3: Ambil teksi ride ke Jetty Pulau Nami

Cth kami dari Hongik University

-Perjalanan teksi ke Jetty ambil masa lebih kurang 1 jam 5 mins gitu.
-Cost apprx 85,000 won ke 110,000 won
-Nak booking teksi leh tgk ni intltaxi.co.kr

Jadi kami sampai Jetty Nami dah tengahari macam tu. Cuaca masih sejuk walaupun dah tengahari MasyaAllah. Memang sejuk tak menahan. Aku memang tak suka sejuk-sejuk. Sangat opposite dengan husband aku ni. Kalau boleh dia nak pakai T-shirt aje. Lelemak extra la katakan..hiks.
Ni kaunter tiket ke Pulau Nami. Jangan pegi salah tempat pulak. Hee.
Harga tiket boleh beli kat kaunter. Untuk foreigners murah sikit dalam 8,000 won.

Sesampainya kami di Pulau Nami nan indah ni, kami singgah makan dulu pasal dah lapar kan.. dah waktu lunch pon..patutlerrr
kat sini banyak aje cafe don't worry be happy la! Kedai makan halal ada few dan paling penting time2 dah masuk waktu ni, ada musolla disediakan di atas kafe yang kami pegi ni.
Kami pegi makan kat Asian Cuisine restaurant.
Antara menu yang korang boleh pilih:

-Stir-fried Eggplant with Eohyang sauce rice (10,000 won)
-Rice with spicy stir fried octopus and vege (10,000 won)
-Indonesian fried rice with egg & shrimp (10,000 won)
-Yangzhou fried rice (10,000 won)
-Seafood & Kimchi fried rice (10,000 won)
-Udon with Octopus & Kimchi (11,000 won)
-Fried Tofu Udon (8,000 won)
-Thai style fried rice noodle with egg & shrimp (11,000 won)

Tuudia dah siap bagi harga so bleh bajet-bajet la nak makan apa kan. Aku makan nasi goreng kimchi, sedap jugak :)
Kalau siapa-siapa yang datang dengan anak-anak kecik boleh la spend masa satu hari seharian disini. Sebab pulau Nami ni memang best untuk relax-relax, siap ada library kanak-kanak, nursing room dan lain-lain. Jadi, tak gaduh sangat nak rushing kan. Kalau uolss peminat Winter Sonata pon okay sebab leh visit shooting scene dia. Mak bagi lima bintang!

Malam tu kami ke Namdaemun untuk cari barang-barang survenir tapi kami dah lambat sangat sampai kedai dah banyak tutup. Jadi grab aje apa yang ada termasuklah T-shirt "I Love Korea" :)

Post seterusnya: Kami ke Busan menaiki bus express! (Bandar kedua terbesar di Korea Selatan). Kami melawat Haeundae beach (tempat kami menginap) dan ke Gwangilli beach (ada Diamond Bridge yang awesome lampu-lampunya). Stay tune!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sheem &Hafiz Journal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

The Journey of my Lil Munchkin'

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers