Saturday, July 4, 2015

Aulia' trip to UTM JB

Assalammualaikum wbt..

Rasanya macam dah lama aku tak balik UTM JB,,,sebab supervisor aku tak panggil so aku pun tak balik la sana..hehe..aku study kat UTM KL je,,We all communicate via email and whatsApp je ape-ape hal..dia pun selalu je jumpa aku kat KL bila dia datang meeting kat sini.

Memandangkan labmate aku organise Iftar so aku decide nak balik sana and jumpa supervisor aku sekali..Memandangkan lama jugak aku tinggalkan bilik hostel tu (dulu masa 1st sem aku dok hostel kat Kolej Datin Sri Endon and saja sambung sampai sem 2 tapi  tak duduk pun), takut pulak rasa nak tidur sorang-sorang.."ek elehh ramadhan kot..manede jin syaitonn sume kene ikat"..huhu aku takut jugak! 

So husband aku kata kalau takut tidur hotel...pfft..same gak kene tido sorang. 

Erkk..dah last minute cemni mane nak ade hotel mesti full la punye..huhu


fikir punya fikir..tiba-tiba rasa nak bawak Aulia..haaa...bawak Aulia' tidur skali kat hostel aku..amacam brilliant tak idea mak..

So we all gerak tengahari and aku tumpangkan labmate aku Azy (aku pickup dia kat Macy's Serdang). Azy balik KL jumpa family..ni dia nak balik JB tumpang aku..bagusnya aku takda la sorang-sorang drive dengan Aulia..


Bila sampai hostel, aku mandi and mandikan Aulia' skali..malam tu we all nak iftar kat Bigfood Jalan Nong Chik. Nak celebrate birthday Aulia' sekali..


Posing sikit depan N29..

 
Tuudia Untie Azy belanja Aulia' makan malam ni:)

And then Aulia' kata nak jalan-jalan tengok lampu..Amboii..banyak pulak permintaan dia,,

Sapa orang Johor mesti tau tempat ni..

The next day aku masuk lab nak buat kerja dan siapkan apa-apa yang patut..Aulia' pun aku bawak sekali masuk lab..dia duduk kat cubicle postdoc and tengok kartun..haa senang!


So petang tu aku balik hostel awal sebab nak mandikan Aulia' and siap-siap nak keluar ke Malay Village Restoran.

Ni semua labmate aku from PROSPECT UTM. Yang belanja kitorang ni Pengarah lab kitorang merangkap main supervisor aku. heuheuheu...Anak dia tembam baqhang,..anak aku meleding je..T_T
 
 
Haa boleh tengok drama swasta Aulia' kat sini..dia punya la suka dengan anak kawan aku ni,..budak tu nak balik pun dia tak mau lepas..siap cium peluk bagai...kesian anak aku nak adik sangat tu..huhu..

Oh, makanan kat Malay Village Restaurant semua sedap-sedap. Ni apa yang diorang hidang on that day:

1- Kambing Golek, Fries and Salad
2- Laksa
3- Ikan 3 Rasa
4- Kepah and Udang goreng butter
5- Nasi Putih and Nasi Kuning
6- Sayur-sayuran
7- Somtam mangga
8- Ice-cream (Perisa Coffee, Chocolate, etc)
9- ABC
10- Fruit Punch, Air Mangga, Teh Tarik, Air Suam
11-Buah-buahan
12-Ulam
13- Dessert


Ada banyak lagi makanan sampingan tapi aku tak pegi ambik pun sebab nak jaga Aulia'..yang pegi dok tambah-tambah makanan untuk aku semua geng-geng girls aku ni.. haa sweet kan..sekejap datang ice-cream, skejap datang air, pastu ABC pulak..macam-macam..sampai pukul 9 la kitorg duduk situ duk perabih makanan je. Aulia' pun makan banyak..seronok agaknya makan ramai-ramai..yela kalau kat rumah aku berapa ketul je orang..dia pun tak lalu nak makan..kali ni dia makan nasi banyak sangat,,Happy mak!. Nak sembahyang jangan risau, ada masjid sebelah restoran tu. Walking distance je.

Bila nak balik tu aku salam Raya la siap-siap dengan semua orang sebab keesokkannya aku dah nak balik KL. Tak balik UTM dah kot until after raya atau pun sampai la aku proposal defence sem depan.huhu..


So the next day baru aku dengan Aulia' gerak balik KL. But before balik aku bawak dia pegi ekuin park UTM. kot2 dapat la naik kuda, tapi hari jumaat diorang cuti..So aku bawak jela dia tengok2 kuda tu, dapat pegang2 pun jadi la..hehe.

Then we all pegi Taman Rusa.. Kat dalam UTM jugak..haa semua ada...dah macam zoo pulak..


Sepanjang perjalanan si lepat ni baik je duduk diam-diam dalam car seat tu..dapat aircond dia tidur la apa lagi..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sheem &Hafiz Journal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

The Journey of my Lil Munchkin'

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers