Thursday, July 2, 2015

14 Ramadhan yang bermakna

Assalammualaikum wbt,,


Specialnya tarikh ni hanya family, family in-law dan siblings aku saja yang tau,,tarikh 14 Ramadhan memang akan diingati setiap tahun.. pada tarikh ini aku melahirkan Aulia'..maka genaplah 14 Ramadhan tahun ni Aulia' berusia 4 tahun...

Anakanda ibu, Nur Haninda Aulia'...


Genapnya Aulia berusia 4 tahun pada hari ini..ibu dan papa bersyukur kerana Aulia' membesar dengan sihat dan cergas.. ibu dan papa juga bersyukur kepada Allah kerana kurniakan kami anak yang bijak..Aulia' sangat pandai bertutur kata, petah berbicara dengan ibu dan papa. Satu-satunya permata kami, yang pandai mengambil hati. Keinginan ibu dan papa sangat tinggi untuk memberikan adik untuk Aulia' masih tidak kesampaian sehingga hari ini tetapi Aulia' lah menjadi pengubat ibu dan papa. Kami curahkan sepenuh kasih sayang kepada Aulia' dan rasanya tidak mampu jika hendak membahagi kasih kepada yang lain.

Ibu dan papa sentiasa dan tidak pernah putus berdoa untuk Aulia' setiap hari. Kami ingin Aulia' menjadi anak yang solehah, sangat taat pada Allah.

Jadilah insan yang berguna nak..akan papa dan ibu doakan kamu, in syaAllah. Aminnn.

Salam 14 Ramadhan dari ibu dan papa.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sheem &Hafiz Journal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

The Journey of my Lil Munchkin'

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers