Monday, June 22, 2015

Homeschool

Assalammualaikum wbt..


Aulia' tahun ni dah 4 tahun..ramai je kawan-kawan aku dah hantar anak-anak dorang pegi school..playschool la kot. Anak aku play kat nursery je.hehe..memandangkan husband aku keje and aku sepenuh masa buat research and tiap-tiap hari pegi library (walaupun masa aku flexible), kami tak dapat nak hantar Aulia' pegi school lagi. Kekangan transport sebenarnya. Tak sampai hati nak bagi anak naik van/bus pegi balik school. Bila discuss dengan papa Aulia' dia pun tak sampai hati.. So tahun depan ajelah pegi school ye nak..

Aulia' memang hafal A sampai Z sebab aku memang selalu bagi dia dengar lagu ABC.,Kira One two three sampai ten pun dia boleh. Dari kecik aku bagi dia tengok playcard. Kadang-kadang bila tengok cartoon, dia belajar jugak. Especially bila tengok Doc Mcstuffins dan Hi-5. Hi-5 tu bagus ye kawan-kawan. Anak aku go through learning process via kids show kat TV. Ada bagusnya jugak dan ada juga tak bagus. Pandai-pandai la korang tapis. Since Aulia' tahu ABC and One Two Three, huruf-huruf nya dia tak hafal. So aku homeschool kan dia.Bagi dia belajar pegang pencil, tracing letters, gunting kertas, colouring. masak-masak etc. 

Mak aku memang pre-school teacher dah 20 tahun lebih. Dia pernah mengajar kat PASTI and SMART READER KIDS and ada bukak pre-school sendiri, Tapi mak aku dah bersara so duduk rumah goyang kaki je.hehe. So apa syllabus pun mak aku tahu untuk 4 y/o kids. Kadang-kadang mak aku yang homeschool Aulia'. Dia belajar doa-doa and language especially English and our third language Paki dengan mak aku. Bahasa Melayu takyah cakap la, tu dia terer. Kadang-kadang mak aku suruh dia recite doa makan in English..






Invest duit untuk beli buku yang bagus pun penting. Banyak buku yang bagus korang boleh jumpa dekat Kinokuniya. Memang aku selalu beli dekat situ. Beli buku with phonics sebab budak umur 2-5 y/o memang suka music and bunyi-bunyi. Dari situ boleh belajar sebutan. 



Kalau rajin buat sendiri tracing letters. Bagi dia pegang pencil sampai dia selesa dia nak pegang ikut mana pun. Lama-lama dah okay dia akan conteng-conteng dulu. Korang guide la sampai dia nak ikut all the tracings.

Tiap-tiap malam aku akan baca storybooks untuk Aulia'. Storybooks ni aku kumpul setiap kali aku pegi bookstore memang aku akan beli. So dah penuh satu rak.  For kids yang umur 4 to 5 y/o beli buku yang ada gambar besar-besar. At this time, Aulia' dah boleh narrate sendiri cerita tu as per picture dalam buku.

Mak aku cakap this method boleh stimulate kid's brain function and make them more creative. Father-in-law aku penah bagitau brother-in-law aku dulu tak pernah pegi tadika. FIL aku beli komik bagi dia baca. Dia taktau baca pun, tapi dia tengok gambar-gambar and faham cerita tu sampai gelak terbahak-bahak. Bila pikir balik memang kelakar. He's now an oversea graduates, working as a mechanical engineer. Tuudia zaman dulu punya style stimulate anak kecik punya brain. 

Lagi satu, aku percaya with arts, anak-anak kita boleh jadi lagi pintar. Gitew.
Aku memang suka art. Seni lukis, seni colouring ke apa. Kasi je anak kau conteng-conteng guna colour. Teach them what colour yang diorang guna tu.



Tuudia mak pakai kain batik duduk bersila. 

Masa Aulia' umur 1 sampai 3 tahun dia suka la dok panjat-panjat masuk dalam kain bila aku sembahyang. Semua kids macam tu la. Kau letak dia sebelah, dia naik atas badan kau. Haa sabar je Jah..ada hikmatnya..itupun aku consider sebuah pelajaran berharga untuk anak-anak kita yang bermula dari rumah. Dia tengok pergerakkan kau. Dia dah besar, dia ikut. Tak caya?


Setiap kali aku suruh dia baca doa, masa nak makan ke, lepas solat ke, nak tidur ke..dia akan baca doa "Allahhumma bariklaana" je..okay lah dari tak ada..

So ada banyak lagi homeschool method kita boleh buat..Contoh macam clay art, gunting kertas jadi collage, etc.. Boleh tengok style Brainybunch atau Smart Reader Kids ajar anak murid they all..Maybe apa yang aku share ni sedikit sebanyak membantu parents yang nak homeschool kan anak-anak mereka..Jangan cakap "eleh, kau banyak masa boleh la.." aku talaa sapa cakap macam tu..aku pun busy. Tapi anak lagi penting melebihi kerja-kerja aku :) :) Selamat mencuba!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sheem &Hafiz Journal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

The Journey of my Lil Munchkin'

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers