Saturday, June 20, 2015

Aulia' tindik telinga:)

Assalammualaikum wbt..

Anak dara aku dah lama mintak dok nak pakai subang..alahaii..girly stuff gitu. Dia tengok aku pakai makeup dia pun nak makeup. Tengok pakai lipstick dia pun nak jugak. . . Bulan lepas ni dia tengok ada sorang girl dalam lingkungan umur 4-5 tahun kat mall pakai subang..Dia kata cantik..dia pun nak..

Memang selalu dia buat ayat macam tu kalau nak apa-apa..

"Ibu..cantiknye yang kat telinga dia tu ibu..tengok tu..apa tu? Aulia' rasa Aulia' pun nak la jugak"

Haa gitew..

Aku pun cakap..

"Tu subang. Nak pakai subang, kene tindik telinga dulu. Klau nak tindik, kene tembak dulu telinga sampai berdarah baru boleh pakai subang.."

Aku saja bagi cerita horror sikit kat dia so conversation tu boleh stop kat situ..

Dia pun tenung je aku bila aku sebut "berdarah-darah" tu...agaknya tak berani nak continue cerita lagi. Hahaha.Berjaya!


Ternyata aku salah. Anak aku boleh memorize cerita aku sampai la malam masa nak tidur memang kami akan baca storybook. Masa tu dia cakap pasal tindik telinga tu..

"Ibu..Aulia' rasa Aulia' nak la tindik telinga. Takpa la kalau berdarah. Sakit sikit je kan?"

Haha anak...ternyata kau telah dewasa nak..Sob sob..ibumu nak menangis!

Maka esoknya aku bagitau papa dia yang dia nak sangat pakai subang. Jadinya kami bawa Aulia' pegi kedai emas Rasa Sayang kat Ampang. Kedai ni kedai yang Dr. Harlina bawa anak-anak dia tindik subang...dia lagi hebat baqhang. Anak dia setahun dah tindik telinga. Anak aku dah 4 tahun aku tak berani nak bagi dia tindik telinga...haha.

So kami pegi ke kedai emas tu and setuju la nak tindikkan dulu telinga Aulia' pakai subang biasa..Aulia' pilih sendiri dia nak subang 'stars'..kemain haih.



Masa amoi tu tandakan point nak tembak telinga tu dia bagitau kat Aulia' tak sakit..jangan menangis. Anak aku watlek watpeace je..haha..aku pun tak tau dia nervous ke nak menangis..yang nervous tu aku la..



Lepas habis tindik telinga tu merah la sikit telinga Aulia'. Tapi ok je takda darah apa. Berani betul anak aku ni..klau aku jadi dia, aku pun tak berani. haha,,mak dia penakut harap maklum.

Tadaaa...cantik tak subang kita?!

Untuk sape-sape yang nak tindik telinga anak dara korang, boleh la datang sini..amoi ni memang pandai tindik telinga budak-budak kecik. Anak aku pun tak nangis..

Location kedai: Opposite LRT AMPANG..(KEDAI EMAS RASA SAYANG) pakai waze senang!..aku tak pakai waze sebab aku memang orang Ampang. Celah corner mana pun aku tau. heheh kekwat sikit!
Okbai.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sheem &Hafiz Journal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

The Journey of my Lil Munchkin'

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers